Monday, January 14, 2013

Dinner at Plan b. Midvalley

Lama dah menyepi, hari ni semangat nk menulis tetiba terbit di lubuk hati.. bahahaha. Hari ni plan x byk except for having dinner + bowling dengan Dewi and Tiara. Around 6 gerak dr Subang ke Midvalley, jalan xdelah jammed sgt even hari ni Sunday.  Sampai jer, trus meet up dgn Tiara yg tension menunggu di TCB, aku rasa dah almost 2 tahun aku tak jumpa si Tiara ni. Habis mukadimah pertemuan kitaorg trus gerak ke Plan b. memandangkan perut aku dh bloated sbb x makan dr pagi.


(Tiara and Dewi)

 
Plan b. Midvalley terletak di Ground Floor, hujung sekali sblm jumpa escalator menuju ke GF.


 
(Suka dgn decoration yang ada di plan b. Terasa macam makan di stable or farm gitu)






(The menu yang mengingatkan aku pada kolej.. bahaha)

 
















(Bottle Water, FOC. Dah macam bottle lab zaman aku skolah menengah lak....)

 
 
(Pasta Aglio Olio, RM 15)
 
 
 
Dewi yang pesan pasta ni memandangkan dia craving sangat nak makan Spagetti. Aku dah pernah makan Aglio Olio di plan b. masa 1st time aku datang. Rasa nya not bad, ada hint of extra virgin olive oil and garlic, but nothing to shout about la, tapi rasanya worth it to try pada harga sebegitu. (Pernah makan spagetti yang harga 2x ganda mahal tapi rasa sangat hampeh.. )
 
 
 
 
( Rare Roast Beef Sandwich, RM 25)
 

 

Actually dah seminggu aku dok mengidam nak makan gourmet sandwich ni. Ramai yang kata dekat Plan b. ni sandwich yang paling popular ialah smoke salmon sandwich. Tapi aku memang tak pernah berkenan dengan apa-apa sandwich yang bukan main nyer adalah beef. So aku pilih RRB sandwich. Rasa ok tapi aku kurang berkenan dengan ciabatta bread yang di hidangkan ni, bagi aku agak keras kejung. ( Ciabatta yang aku makan di vegetarian stall Borough Market, London sgt2 lah lembut dan harum). Rare beef nye tip top, sgt2 lembut dan well seasoning. Caramelised onion, roasted paper and mustard dressing goes very well as the whole sandwich. Hidangan ni di sertakan dengan home made chips. (Ada 4 jenis chips, tp aku tak kenal kesemuanya. Aku hanya kenal sweet potato dan cassava ). Cassava chips tak berjaya menambat hati aku sbb rasanya sangatlah bland.
 
 
 
(Iced Latte, RM 10)
 
Iced latte ni didatangkan tanpa di bubuh sugar syrup. Bekas kecik tu mengandungi sugar syrup, so boleh dituang sendiri byk mana yang di ingini. Macam aku yang memang suka sweet coffee, 1 bekas tu aku taruk dalam latte. Iced latte Plan b. lagi better dari Starbucks yang bagi aku selalu terlebih milk over coffee. Kat sini rasanya well blend together, eventhough letak byk syrup pn, rasa coffee tu tak tenggelam. Next time kalo aku berkunjung lagi, aku nak try Affogato. Tadi mula2 memang nak order Affogato terus, tapi memandangkan aku makan, peel perangai aku yang memang tak boleh minum air panas semasa makan berat, so aku lupakan jelah niat murni itu.
 
 
 
 
 
(Cappucino, RM 8 & Root Beer Float, RM8)
 
 
Overall aku rasa Plan b. memang tempat pilihan nak hangout with friends or family, (bukan family aku la, sbb tekak dorang tekak ajaib... bahahaha) tapi tak boleh lepak hari2 kat sini, mau kopak tabung.
 
Lepas makan ingat nak tengok movie tapi timing tak kena la pulak, trus gi main bowling. Best sebab dah lama tak main tapi terpaksa menaggung azab selepas main bowling. Jari yang patah mulai menderhaka tuan, aku dah mula tak dapat mengenggam, kebas 1 tangan dan berdenyut2. (Adik aku gelakkan aku sebab dia kata aku x sedar diri cacat, ada hati nak main bowling.. binawe punya budak), rasanya lepas letak ice ni ok la.

 
 
 
 
 

0 comments: