Saturday, February 18, 2012

Hari Down Sedunia......



 * Jom kenkawan yang mana-mana tengah down macam aku, kita buat cara-cara di atas secara berjemaah.



                * Ayat di atas adalah arahan wajib mak aku.



  * Dan aku benci statement di atas sebabnya tersangatlah propa.

                                                                    
                                             SEKIAN

Monday, November 28, 2011

I Love My Mommy...............


When the 1st time I saw this video, it struck me right away, my eyes covered with tears, It was like my heart beat stop for a while, I feel hurt to breath.. It tooks me a for a while how stupid I am because never told my mom how I loved her so much... I hope, I will never had to go through this kinda moment....

I LOVE YOU MOM....

Thursday, September 15, 2011

The Red Warriors....




 Kredit to www.wawanfaiz.com dan www.theredwarriors.com untuk gambar.

Kisah malam ni aku nak ceritakan tentang pasukan favorite aku 'The Red Warriors', ni mesti ada mulut-mulut puaka yang buat statement kata aku suka 'The Red Warriors' sebab ada si KFC @ Apex tu... owh sorry la (aku bukan macam si minah lale Raden Ratna Sari Dewi yang dok meroyan setiap kali melihat wajah dan kelibat Apex di kaca tv, tak dapat aku bayangkan kalo dia jumpa live dengan Apex ni, mau meroyan sakan... ) Aku memang sukakan si Apex ni sebagai Goalkeeper (nope, bukan sebab dia hensem... x hensem sangat bagi aku) sebab dia mantap tapi bagi aku dia bukanlah nadi 'The Red Warriors'. Bagi aku nadi 'The Red Warriors' adalah Piya, Mat Yo, Chanturu, Azwan Roya dan Subra. (sorry yer fans Apex.. bukan kutuk tapi pendapat peribadi,.. mampus aku kena maki dengan si Dewi ni nanti..). Aku suka 'The Red Warriors' sebabnya aku orang Kelantan, jadi menjadi satu kemestian la aku sokong negeri aku sendiri kan... (owh, aku tau korang mesti cakap aku ada sifat kenegerian) lantak la, dah kalo aku tak sokong team negeri sendiri, sapa nak sokong? orang Uganda nak sokong??? come on la, macam lah semua orang tak de sifat kenegerian kan....

Ok, kat sini aku kasi info sikit match-match yang akan melibatkan 'The Red Warriors'

10 September - TRW vs Johor FC
14 September - TRW vs Felda Utd
18 September - TRW vs Sarawak
24 September - TRW vs Johor FC
27 September - TRW vs Felda Utd

Tadi baru je berlangsungnya match antara TRW vs Felda Utd dengan kekalahan TRW 2-0 kepada Felda United. Oh, aku sedikit pun tidak merasa marah atau tidak berpuas hati... ( tanggapan pertama insan-insan mulia yang mengatakan peminat-peminat TRW tidak boleh menerima kekalahan... bluekk). Kecewa? of course la kecewa, mana ada peminat atas muka muka bumi nan fana ni yang suka bila team kesukaan dorang kalah.. tak tau la pulak kalo ada jenis mahkluk yang macam itu kan... Kecewa pun tak delah sampai nak mengutuk dan memaki hamun team TRW dalam blog aku ataupun fb aku... no no no., aku setia sampai mati katanya... Oh ya by the way Felda Utd, see you in our lovely home later on ya.

Walau dengan kekalahan, aku agak berpuas hati dengan corak permainan team TRW walaupun dengan keadaan padang yang licin akibat hujan. Cuma yang tak syok nyer, ada lagi perangai jakun yang masuk stadium apabila baling botol ke padang, tak pasal-pasal kepala ref makan botol malam tadi..  hahaha. Jangan la ulangi perangai buruk tu yer, tak elok la baling-baling semua ni. Kalo rasa x puas hati sangat, turun ke bench dan bagitau M.Karathu anda ingin bermain sendiri kerana bagi anda, anda lah yang terhebat..... Sekian

Wednesday, September 14, 2011

Terima Kasih Uncle, Tapi Saya Tetap Mahukan HTC Desire Z.. MUKTAMAD!!






     HTC Desire Z yang menjadi idaman kalbu




       Samsung Galaxy S Pro umpan uncle untuk aku curang



Hari ni aku dah berikrar untuk menjelajah seluruh bandaraya Kota Bharu demi mencari sesuatu yang aku dah lama dok angau kan. So lepas buat appointment ngan doctor pakar kat USains HUSM, aku bersama2 mak aku memulakan penjelajahan yang penuh dengan adventure... (Bajet diri Dora The Explorer la tu...) Ingatkan nak jelajah seluruh KB la kan, tapi mama lak cakap nk pegi Pakar Perdana, melawat anak kawannya yang sakit, bermaksud... aku kena singkatkan penjelajahan aku.. Mula2 aku tinggal dorang dulu sbb dorang nk solat, jadi aku dok pusing la sekitar Jalan Parit Dalam sensorang... (budak2 KB mesti tahulah kat mana Jln parit Dalam ni kan...., ) atau pun korang pun mcm aku, bajet tau tp sedangkan xtau?? hahahaha.... Hampir dekat setengah jam aku dok melilau mencari HTC Desire Z, tp xde stock kat KB. Angin pun ada..


So, sebelum melangkah ke Pakar Perdana (walaupun secara dasarnya, hati aku memberontak xmo pegi sbb m.cik ni mulut ya rabbi, ngalahkan radio buruk..) aku buat la pit stop kat KB Mall. Dengan harapan apa yang aku cari akan muncul. Setiap kiosk dan kedai cell phone kat situ aku jelajah tapi batang hidung HTC Desire Z tidak kelihatan. Tinggal 1 kedai jer aku lom masuk, hati mmg stock tawakal la. So owner kedai ni seorang uncle chinese, pada mulanya muka agak kerek dan mcm xmo layan aku jer.. (uncle ingat saya xde duit ke?? tapi saya mmg xde duit pun,... hehehe). Aku pun mulakan dengan langkah kanan dan mengukir senyuman. "Uncle, itu HTC Desire Z ada jual tak?" dia pun dengan selamba jawab "xdelah amoi, kalo u mau htc hd or evo 3d ada la..," mmg stock muka kuciwa giler aku, ms tu aku rasa mcm nk nyanyi lagu sendiri je.


Masa nak blah, uncle tu panggil aku lagi sekali. Dia bawak keluar 1 phone samsung. Samsung Galaxy S Pro. Uncle cakap pakai jer Samsung S Pro ni, lagi laju. Android jugak, siap 4G lagi. Uncle, ketahuilah olehmu, bahawa saya sudah berjanji taat setia hanya pada HTC. Tidak kiralah keupayaan Samsung Galaxy S Pro ini berdesup sama seperti dengan kepantasan Superman pun, hati saya tetap pada HTC. Walaupun ropanya lebeh kurang sama tapi saya sudah jatuh cinta dengan HTC dulu dan samsung merupakan mimpi ngeri kepada saya...


Dengan ini, aku sudah sedar bahawa aku terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk memiliki cinta hatiku. Semoga duit yang akan ibu bekalkan nanti akan melebihi (bukan ibu bekalkan, tapi ko dah pau sikit kan????, mcm tak tau....) dan boleh la anakmu ini menggunakan lebihan itu untuk membeli Wallet Calvin Klein pula yang sudak bertakhta di hati anakmu sejak semalam...hehehe, Sekian

Tuesday, September 13, 2011

When Situation Push You To Be Strong Eventhough It's Hurt.......


It's being for a while I left my blog away, too much things need to be handle, well almost a year I guess. Why finally I'm writing today? Because I need to let it out what's inside me now.. Let's cut the crap, actually because I don't have anyone to talk with... (hahaha, Foreveralone)


A month ago, my mom fell and hit her head to the wall, just few days before she left to Mecca, We talked to her about hospital, medical check up and so on, but as always she refuse and said she will be alright. I agreed eventhough I felt something bad... Just right before she left to Mecca, I noticed her eyes becomes swollen and bruised, we talked once again about hospital but once again, it's a NO...




After 41 days, she finally came back from Mecca and the bruise was gone, but I noticed something, something wrong with her eyes, so today (Finally) she agreed to go to clinic. We went to ophthalmologistcoz I thought she had problem with her cornea and here comes the moment that shock my little world.. The gentleman doc said "Akak, there is no problem with your eyes, your eyes just fine. This is my advice, go to the hospital and do some CT scan because you had migrain and those migrain becoming worse now and I worried, It will be Brain Tumor". The moment I heard brain tumor, it was like my whole view just shut down, it's dark and so quiet.... At the same time my little heart kinda whisper.. (Asal ko ni gelabah yg amat, doctor bukan confirm kan lagi pun, dia cakap dia risau bengong..... Yang ko risau mengalahkan orang yang xde pegangan agama ni kenapa???) Memang la aku risau bodoh, mak aku tu.. ko cakap boleh la sbb bukan mak ko, cuba mak ko yang kena?? eh, ada mak ke hati?? (lawak bodoh la ni kan....)

I couldn't stare at my mom's face, bits and pieces of sadness, frustration, fear, angry, mad all over me... This is the most hardest situation. I can't cry, I can't worry, I can't be sad infront of her. I had to be strong, more than her.. (yeah right, the biggest liar have I ever make!!)... When I get back, All I did is just laying down on the bed and close my eyes as long as I can.

Iskh, malas la pulak nulis dalam bahasa omputeh ni sbb feling tu x brapa nak ada... (cakap la ko ni bebal omputih kan lagi senang....hehehe). Inilah masalah yg ada dlm family aku, jenih nk fefeling gagah perkasa walaupun hati bertisu... Tapi kan, kesilapan paling besar aku arini, aku cuma memerap dalam bilik, membuta spai pukul 12 mlm.. nasi pun aku xmo jamah, mak aku ajak mkn sekali pn aku ckp xnak.... (kwn2 jgn diikut perangai bodoh sombong mcm ni, lagi2 kat dapur ada kari ayam,ikan bakar dan ayam goreng yang sangat2 marbeles......) padan muka ko... lps tu baru aku fikir, karang mak kau kecik ati lak dengan aku?? tapi dalam dok fikir tu boleh sambung tido spai la mak aku pun dh msk tido, bangang tul!!

Apa yang aku cuba ckp arini ialah, sgt2 susah bila dlm keadaan yang teruk, kita kena jadi yang paling tabah.. sbb yang sebenarnya kita yang paling rapuh. Lagi sakit ialah, apabila kita xdpt bgtau sapa2 pn apa yg kita rasa sbb masing2 dalam denial... ini cara keluarga aku handle masalah, mcm bangang pn ada aku nengok nya... (mcm la ko tu x buat bda yang sama.... )eh, blog aku, sukati aku r nk ckp apa pun...

Aku salute pada anak2 yang mampu bgtau mak ayah yg dorg sayangkan mereka sbb aku xmampu... (dasar ego...). Aku tau mcm mana perasaan tanpa mak.. mak aku gi Mekah pun kitaorg meroyan mcm apa dah.

Mom, on the name of The Most Merciful Allah, I love you so much, more than my own life. only 1 thing I asked from HIM, put all of your pain,sadness and burden to me. If Allah must take my life to keep you save ,than go ahead... All I ask now is, you will be just fine... I wish you can read my eyes, and I wish you can read my little feeling.... May Allah bless you and keep you safe... I Love you

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011...

Pejam celik, pejam celik dah habis tahun 2010 yer.. azam aku x langsai2 jugak.. hahaha!! mcm biasalah kan, nama dah student!! (alasan skema aku.. hehehe). Ni lagi berapa minit nak tahun baru ni korang dah ada azam lom??? kalo aku, tahun ni aku mmg x pasang azam.. aku nk go with the flow je kali ni.. ada rezeki yang baik alhamdulillah... kalo banyak dugaan aku redha jelah....


Nak habis2 tahun 2010 ni aku nk shout pendek2 jelah yer... kpala mak jammed skit malam ni. Korang semua x celebrate ke mlm ni??? Aku ada plan nak celebrate memulanyer.. tp disebabkan ada sedikit halangan x dapek la den nk celebrate.. xpelah, bukan penting pun. Aku pun bukan suka sangat dok bertenet kat tempat2 orghang ramai ni, sesak hidung mak....!!

Pape pun, aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua umat2 manusia kat atas muka bumi ni, semoga korang semua akan mendapat apa yang korang hajati dan semoga tahun 2011 akan memberi sinar baru pada kita semua.....

Sambil2 itu jom layan citer kebaikan hati idola aku ni... hehehe.. I Love u la Angelina Jolie... muahhh!!!

Thursday, December 30, 2010

Family Trip to Langkawi.....

 Aiseh... Dah lame yer aku x bermonolog dalam blog ni yer.. maklum ler bz nau sblm ni.. Assignment bertimbun2, dh tu exam lg... tp kalo hari2 menulis pun xleh jugak, abis idea.. yer dok? Memandangkan aku ni dh pn start cuti spai 14 February 2011, (aiseh.. time Valentine la nk start class..., br aku nk g dating!) hahaha... ada ke pakwe ko gemuk oiii??? A'ah kan, aku mana ada pakwe... hehehe *_*'! 


Aku pn xde keja sgt kt KL tu, so lps aje exam bagai aku pn menonong la balik kampung. Sblm tu mak aku ada dh sebuk citer2 nk pegi holiday.. best gak nih. Yelah dh lama tu xde family holiday, last skali aku igt dalam 4 thn lepas kot.. lama kan??? So, lepas jer adik pompuan aku abis SPM, dalam 24/12/10 aritu, trus kitaorg gerak ke Langkawi... Itupun gamble je tu, dgn xde bilik nyer.. mana nak ada bilik, esok nye tu kan org raya (Christmas).. tp aku sedapkan jelah hati aku, mesti ada nyer brother2 kat jetty tu yg ada bilik kosong.. x kisahlah harga mahal mencanak pun, tibai jer.. 


Gerak dalam kul 9 pagi camtu tanpa ada apa2 drama.. (hehehe, family aku ni kalo nk berjalan jauh banyak drama biasanya... ) so, sampai lebeh kurang jam 5.30 ptg cenggitu. Nasib kitaorg baik sbb dapat hotel apartment kat Perdana Beach Resort. Terpaksalah cari apartment sbb family aku ni besau, 8 org sumanya.. pas2 ddk x nk asing2, mana boleh nk cramp 8 org dalam 1 bilik.. mmg kena maki hamun la kat management hotel kan...






  Tengah Menunggu Ferry di Jeti Kuala Perlis




                                               
 Suasana Dalam ferry (susah sbenarnya nk capture gambar bapak aku ni..)


Da sampai Jetty pn lebey kurang jam 8.30 mlm, so apa lg menonong la cari van nk isi 8 org ni.. Cari2 punya cari dapatla van vanette dgn harga RM 180 per day, tibai jelah sbb peak season kan, mmg xdpt murah pun. Yg harunya, aku lak kena jd driver sbb bapak aku mls nk drive.. Gamble jelah even 1st time bawak van. Jalan kat Langkawi ni xsusah sgt sbb aku pernah drive dulu, so xdelah sesat ke apa ke.. cuma 1st nk cari Perdana Beach Resort ni agak confuse gak aku tp jumpa gak la akhir skali.. Masa memula aku spai kat Perdana Beach Resort tu mmg aku cuak giler.. mak aih, bangunan cam buruk jer.. dah la kawasan mcm xde org.. Aku mmg x expect bilik cun la, aku da bayang bilik dgn wall crack, bedsheet yg kotor nk mampus, lantai mmg geli geleman kan.. tp bila aku bukak jer pintu, umang aiiiii, cun yang amat.. dah la besau giler, takat ko nak sumbat 12 org tu no hal la... Kitaorg sewa yg 2 room, semua ada ac, master bed siap ada tv, mini bar dgn bath tub lg. second room aku ambik la dgn adik2 aku, ada 1 queen bad and 1 single bed. Living room mmg besau, ada L-shape sofa lg, pas2 balkoni pn ada.. mmg puas hatilah... mmg aku tido nyenyak, mmg xde rasa seram ke, ada makhluk tarik kaki ker, sengih depan aku ke.. (yg ni mmg aku mintk jauh la..hahaha!)




                                                    
Adik2 aku tengah bersiap2 nk ke Makam Mahsuri


Plan memula nyer nk hopping islands tp bapak aku ni lak penakut skit... so, terpaksalah batal kan jer plan tu. So fikir punya fikir kitaorg decide la melawat Makam Mahsuri, Beras Terbakar, (dah mcm lawatan sekolah la pulak).. hahaha, tp kalo pegi Langkawi, xpegi tpt2 ni mcm x lengkap la pulak kan... Sampai jer Makam mahsuri, mak aku trus beli tiket la (RM5 sorg), amboii... dulu free jer aku dtg, skunk dh kena bayau la pulak... tp sayang btul, depa x bg amik gambo dalam muzium tu... rugila pulak...  Korag tgk gambar jelah, citer banyak pun x guna.....


       
 Family Mahsuri 


  Telaga Mahsuri


Masa kat telaga Mahsuri ni aku ada la dengau sorg pakcik ni kata kat anak dia, kalo nk cantik basuh muka dgn ayo tlaga ni... Xtau la betul ke x, tp org kata air telaga ni boleh mencantikkan muka, boleh menyembuhkan penyakit.. Tp kalo tya aku, mmg aku x percaya lah sbb aku ni budak2 urban, payah skit nk pcaya bda2 cenggini sbb bg aku sumanya dtg dari Allah kan... lgpun air telaga ni air biasa je kot, Mahsuri dulu guna utk kegunaan harian je, bukan keramat apa pn.. yg lagi klakau nyer, ada pulak bisness jual air telaga ni RM 2 per botol, sapa2 nak silakan lah membeli... hahaha..!! Gambar Makam mahsuri pn aku x snap, org ramai giler dok hurung makam tu, so tengok2 dari jauh sambil2 sedekah al-fatihah jelah.. 






 Ibu2 aku bersama abang aku.. Rumah Panglima Hitam kot yg ni.. aku lupa lak.


 Dorg tengah try 1 alat traditional, apa tah, dh lupa nama tp utk ketam padi cenggitu la...






Ini mak dan bapak aku.. Payah nau nk ambik gambo deme berdua2an ni tau...


Lepas je melepak2 kat Makam Mahsuri, bapak aku dh sebuk nak balik ke hotel sbb penat tp mak aku ckp awal lg sbb baru pukul 3 kot. So, kitaorg trus ke Padang Matsirat la pulak nk tgk burn rice @ beras terbakar. Bapak aku x msk pn, bapak aku melepak kat gerai ABC sambil2 hisap rokok.. Aku x snap gambar pn masa ni sbb mak2 aku sebuk nk shopping kain batik. Dh tu sampai ke perkarangan beras terbakar, beras tu dalam piring je yg tinggal, yg dekat laman tu dh xde apa, duit2 syiling adalah yg org2 lempar.. Deme wish sumthing la tu... 


Dah habis melawat sambil shopping tu trus kitaorg pegi gerai ABC pekena ABC semangkuk dua dulu.. Lepas tu trus balik hotel la sbb aku pn dh terasa kepenatan. 




Itu dia.. balik trus membongkang.. kepenatan adik aku ni...




Aku dgn adik pompuan aku pn turut sama bongkang nye.. adik laki aku ni memula kekonon nk men games kt lappy.. akhir skali ngn dia2 bantai tido...








Bgn pun da dekat mlm semuanya.. so lps siap2, lepak2 jap tgk berita trus kitaorg gerak ke Pekan Kuah utk dinner kat sebuah restoran thai yg mmg glamer kt Langkawi ni. Semua urusan kat Langkawi ni mmg family aku serahkan 100% pd aku. Pasal hotel ke, activity ke, makan ke, sewa van ke apa ke semua aku uruskan.. So, nasib baiklah aku ni rajin gak msk forum2, so taulah yg Wan Thai ni mmg famous giler kat Langkawi.. Tp kitaorg xde nasib kot mlm tu, ms kitaorg spai, meja da fully book.. so terpaksalah cari mkn kat tpt lain.


                                              
Muka2 frust sbb Wan Thai penuh..


Memandangkan semua dh tahap kebulur and bapak aku dh mula bising, so aku redah je kedai berhampiran Langkawi Parade tu... Ms makan tu ada drama lg tp mls la aku nk citer tp adalah sorg yg merajuk spai xnk mkn... hahaha!!! Mkn malam tu mmg x sedap la kan. Mak2 aku dan bapak aku mkn sebenarnya susah skit sbb tekak dorg terlalu complicated.. sapa2 yg penah pegi mkn ngn dorg taulah mcm mana azab nyer nk cr kedai mkn yg memenuhi selera dorg... huiiii.. kalo korg, mmg korg tobat!


Pagi2 esoknya (Ahad 26/12/10) sbenarnya dah nk balik, tetiba mak aku tanya.. nk sambung holiday lg 1 hari nk? wah.. pucuk dicita ulam mendatang la kan.. apa lg bersorak la bebudak ni. trus kitaorg check out apartment ni and pegi pekan kuah cari hotel lain sbb dh boring ddk jauh dr town. Dapatla hotel bahagia, betul2 sbelah Wan Thai. Kitaorg ambik family room aje, dpt 2 queen bed la. Harga bilik tu RM 205 per day. Bilik ok la cuma kecik skit. Tetiba mak aku ckp nk pegi hopping, so bapak aku ckp dia xnk join sbb dia takut, so kitaorg tinggal je bapak aku tu kat hotel, aku trus drive prgi Pantai Cenang sbb nk hopping mmg kat situ jer. Aku dh survey sblm ni, dapat la 1 tpt yg price nyer RM 25 per person. 



Muka2 excited nak hopping.... hahaha..



                         Abang dan adik2 aku.. Lg 2 org adik aku x dpt ikut sbb ada class.. huhuhu!




         Asal naik bot je, mmg aku yg kena  balancing kan bot.. hangin btul aku.. nasib org bertubuh chomel... 


Kalo korang pegi Pulau Bers basah ni, seboleh-bolehnya jhn la bwk plastic bag, kalo x memang naya sbb kt situ banyak kera2 liar yg suka mencuri. Abang aku punya yogurt kena rentap cenggitu jer kat tgn... klaka pn ada, kerana yogourt bergaduh dengan kera... bukan stakat kitaorg kena, ada 1 group tu br je dtg, trus kena rentap roti dorg.. mmg xboleh buat apa la kan.. tgk jelah... Mak2 aku dah mula cuak dan takut, terpaksalah aku ddk dekat dgn dorg tkt2 kera2 ni dtg nk rembat beg lak...... 


Air kat sini mmg bersih giler cuma aku sedih skit tgk, keadaan sekeliling mmg kotor.. sepatutnya pulau ni dijaga kebersihannya.... mmg sayang betul tgk mcm2 sampah ada....




  Bermandi manda di Pulau Beras Basah


                                  
  Kaum ibu2 memulakan aktiviti bergossip sambil melahap jajan...


Kalo korang perasan, mak2 aku tu dok usung handbag dorg mcm baby  tu bersebab. Kat situ korg mmg kena jaga2 sbb kera2 kat situ suka menyamun.. hahaha! kalo samun makanan x kisah la kan, tp kalo samun handbag, mau meraung... sbb kalo korg nk balik brg korg, korg kena bg mkanan kt kera2 tu... kalo xde mkanan masa tu xke haru!!! nasib baik aku dah buat research awal2.. so semua jajan, air2 aku sumbat dlm backpack tu, biarla kalo korg gelakkan aku pn bwk back pack pegi hopping tp yg penting jajan aku x kena samun... hahaha!!!!




  Jehan Miskin wannabe kekdahnyer....


                                                    
Anak2 gadis hanya bermain di gigi air...




  Gua Rawa tp pakcik bot panggil Pulau pirate sbb bentuknye mcm kapal





Sesi Eagle Feeding tp eagle2 semua kekenyangan la pulak....

Kata pak cik bot ni, biasanya ptg2 cenggini mmg helang dah x byk. Masa kitaorg pegi ni pun dah pkul 3 lebeh so ada dlm 10 ke 15 ekor je helang. Pak cik ni kata, kalo nk tgk yg beratus2 helang, dtg hopping pagi, br best. Oh ya hopping ni ada 2 sesi, pkul 9 pagi dan pkul 2 ptg. Dua2 ada kelebihan.. Kalo korg dtg pagi, dapat tgk helang yg banyak tp tpaksa extra carefull dengan kera2 sbb dorg active and lapau.. Kalo dtg petang, helang dh kurang tp x byk gangguan dr kera2 sbb dorg dh kenyang n x active sgt, so make a choice la....


Tu dia... Pulau Dayang Bunting.....


                                                       Dah Sampai Pulau Dayang Bunting


                                                                       Catfish Massage


                                       Punyalah banyak catfish nye.. aku try jap jer.. x tahan geli!

Dari Jetty kita kena mendaki bukit dalam 15 minit gitu lah.. lebeh kurang dalam 200 metres. Kat sini pun mmg banyak kera2 liar, so jgn tergedik2 nk melahap ms daki bukit tu, xpsl2 ko gaduh ngn kera2 tu brebut jajan korg...So kat situ mcm2 activiti boleh buat.. Samada nk mandi manda ataupun nk main solar boat. Kalo nk solar boat dlm RM 30 Per 30 minute, max 3 org boleh naik. Kalo nk mandi lak, korg dinasihatkan sewa safety jacket sbb air tasik tu mmg dalam.. so xyah nk berlagak jd Michael Phelps la yer sbb.  Bg yang berani mcm aku (cewahhh!!!) boleh try catfish massage... ala, geli2 je rasanya... cuma masa keli2 ni hurung kaki, jgn lak ko hayun kaki ko ataupun ko angkat scara mengejut... mau kena sengat kt situ jugak.. bukan sekor wooo, berpuluh2 ekor kat dlm tu...


                                 Balik ke mainland dgn puas hati walaupun abis lencun... hahaha!

Sampai kat mainland dh dkt pkul 6 ptg cenggitu.. aku dapat call dr bapak aku yg dia dah book table kat Wan Thai... wah advance bapak aku ni, kira sesi balas dendam sbb xdpt mkn smlm la ni... Balik tu trus siap2, kul 8.15 kitaorg dh tercangak kt Wan Thai.. Mmg food kt sini awesome giler la kan.. org pn penuh je mlm tu. Kitaorg order siakap 3 rasa, udang tepung, tomyam seafood, kangkung belacan, telur dadar, ayam goreng kunyit dan daging merah.. Semua kitaorg order utk medium sbb 8 orang kan. Tp yg klakau nyer 8 org makan tp nasi 14 pinggan tau... korg pegilah mkn dlu kt situ, taulah knapa spai 14 pinggan.... aku mls nk citer.. Total semua nya temasuk air adalah RM 183.. ok la tu 8 org kan.. still murah. Gambo aku lupa lak nak snap, sbb lapau sgt! kalo sesapa pegi Langkawi mmg aku highly recomended la tpt ni... sedap sgt!!!!! 

Overall holiday kali ni mmg happening dan best giler walaupun 2 org adik aku x join skali.... InsyaAllah ada rezeki ke lain pulak kitaorg... ada bunyi2 dr bos2 aku ni nk ke Korea pulak.... hehehe... aku on jer!! Mcm biasa la, tour guide sanggup kerja ober the time.......


p/s: entry psl aku holiday ke London October lalu nti aku publishkan... malas la plak sbb gambo banyak.. hehehe!!!